Apakah Kad Perakuan Media (KPM)?
KPM merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal/wakil media daripada agensi/syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan.
Siapakah Pengamal Media yang layak membuat permohonan KPM?
Ketua Pengarang, Pengarang, Timbalan/Penolong Pengarang, Editor, Penerbit Rancangan, Wartawan media cetak, media elektronik dan media dalam talian dan juga wartawan penyiaran;
Jurufoto, Jurukamera dan juruvideo media cetak, media elektronik dan media dalam talian dan juga Pembantu Jurukamera;
Jurutera, Juruteknik dan Juru Audio Visual yang terlibat secara langsung membuat liputan di lapangan;
Koresponden, Piecemeal dan stringer (tempoh adalah berdasarkan kontrak); dan
Pegawai yang terlibat dalam tugas pengurusan media dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bergantung kepada pertimbangan Ketua Jabatan.
Apakah Kategori Media yang layak bagi membuat permohonan KPM?
Media Kerajaan:
- Jabatan /agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) iaitu Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Media Tempatan:
- Agensi media cetak dan media elektronik tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Media Antarabangsa:
- i)Media antarabangsa yang beroperasi dan samada mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia ataupun tidak; dan
- ii)Media antarabangsa yang membuat lawatan singkat ke Malaysia bagi tujuan liputan; dan
- iii)Kelulusan permohonan adalah berdasarkan tapisan daripada Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Negeri (KLN).
Media Dalam Talian:
- i)Media dalam talian yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia
- ii)Media yang yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Apakah Kategori Media yang TIDAK LAYAK memohon KPM?
Agensi yang menerbitkan majalah dan buletin untuk edaran dalaman.
Agensi yang hanya menerbitkan berita melalui media sosial sahaja iaitu Facebook, Twitter ataupun Youtube;
Agensi media yang menerbitkan berita berbentuk sensasi, propaganda dan hiburan;
NGO atau persatuan yang hanya menerbitkan berita aktiviti dalaman sahaja;
Syarikat produksi yang dilantik untuk menerbitkan rancangan TV dan radio; dan
Blogger dan syarikat yang dilantik bagi mengendalikan portal persendirian.
Apakah syarat bagi Media Dalam Talian memohon KPM?
Media Dalam Talian yang mempunyai Portal berita rasmi mengikut standard format rasmi portal dalam talian;
Membuat liputan berhubung program rasmi kerajaan dan memasarkan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Ia juga melihat kepada keperluan untuk menghadiri Sidang Media bagi acara rasmi Kerajaan;
Perkongsian atau penerbitan berita melalui platform media sosial, YouTube dan blog tidak dipertimbangkan;
Artikel berita hendaklah dihasilkan sendiri oleh agensi media tersebut;
Plagiat berita daripada sumber lain tidak akan dipertimbangkan; dan
Portal berita perlu aktif dalam menerbitkan berita setiap hari meliputi pelbagai segmen seperti ekonomi, politik, sosial, sukan dan sebagainya.
Apakah Jenis Kad Perakuan Media?
Kad Hijau:
Untuk pengamal media kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Kad Biru:
Pengamal media dari agensi media tempatan.
Kad Kelabu:
Pengamal media dari agensi media dalam talian
Kad Merah:
Pengamal media antarabangsa.
Berapa lamakah tempoh SAH LAKU KPM?
Satu (1) tahun :
Media Antarabangsa dan Agensi Media baharu yang telah diluluskan secara bersyarat (tempoh percubaan)
Dua (2) tahun :
Media Kerajaan, Media Tempatan, Media Dalam Talian, Pegawai Pengurusan Media
Tempoh khusus (bergantung kepada tempoh masa yang ditetapkan) :
Lantikan Kontrak, Contract of Service (COS), Stringer, Piecemeal, Media Antarabangsa yang membuat liputan dan lawatan singkat (tertakluk kepada keperluan dan pertimbangan).
Bagaimanakah tatacara dan had penggunaan KPM?
KPM yang masih sah tempoh laku hendaklah dipamerkan sepanjang membuat liputan bagi petugas pengurusan media membuat saringan keselamatan.
Pemegang tidak boleh menggunakan KPM untuk kepentingan peribadi.
KPM tidak memberi kuasa secara automatik kepada pemegangnya untuk masuk ke mana-mana premis dan membuat liputan.
Kebenaran memasuki premis dan membuat liputan adalah TERTAKLUK KEPADA PENGANJUR/PEMILIK PREMIS.
Jabatan Penerangan Malaysia berhak menarik balik/membatalkan KPM jika disalahguna oleh pemegang.
Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?
Pendaftaran agensi baharu dan permohonan KPM boleh dibuat dengan melayari:
Pendaftaran agensi baharu dan Permohonan Kad Perakuan Media (KPM):
http://emedia.penerangan.gov.my
Hubungi Helpdeks Emedia?
Tel:03-89117382
Faks: 03-89117544
Atau emel emedia@inform.gov.my
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
×
FAQ
User Manual
USER MANUAL: MEDIA AGENCY ACCOUNT REGISTRATION
USER MANUAL: MEDIA ACCREDITATION CARD REGISTRATION